PEMBEKALAN KOMPUTER RIBA BAGI TENAGA PENGAJAR DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Alhamdulillah bermula pada 14hb Februari yang lalu, telah berlangsung penyerahan komputer riba kepada tenaga pengajar di SMALHB. Sumbangan komputer riba ini dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan. Ianya bertujuan untuk membantu tenaga pengajar dan pelajar bantuan untuk memudahkan aktiviti pendidikan secara dalam talian (online). Syukur dipanjatkan kepada Allah Ta'ala diatas pembekalan ini dan semoga ianya akan sedikit sebanyak membantu dan memantapkan lagi kaedah pengajaran guru-guru. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment