SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-38, TAHUN 2022

 

الله أكبر الله أكبر الله أكبر



Negara Brunei Darussalam menyambut ulangtahun Hari Kebangsaan ke-38 pada 23hb Februari 2022 bersamaan 22 Rejab 1443H dengan Upacara Perhimpunan Agung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Sungguhpun Negara berada di dalam Fasa Awal Endemik, Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dilaksanakan mengikut garispanduan dan SOP yang telah tersedia termasuk semua peserta dan jemputan dikehendaki menjalani ujian ART (Antigen Rapid Test) dan mendapat keputusan negatif di dalam ujian tersebut sebelum dibenarkan masuk dan menghadiri sambutan. Lebih 3000 peserta menyertai upacara tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Paduka Anakanda dan Paduka Adinda Baginda berkenan bercemar Duli berangkat menyaksikan Upacara Perhimpunan Agung itu. Dikongsikan sebahagian gambar-gambar sewaktu Upacara Perhimpunan Agung yang diperolehi daripada laman sesawang Infofoto Gallery InformationDepartment Brunei Darussalam.













Sungguhpun SMALHB tidak terlibat dengan Upacara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan pada tahun ini, satu peraduan mencipta poster ucapan sempena ulangtahun Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-38 telah diadakan dan poster-poster yang terpilih akan dikongsikan dan digunakan sebagai poster rasmi untuk SMALHB. Dikongsikan poster-poster yang terpilih:





Majlis Pelajar SMALHB juga turut mengongsikan Poster Ucapan mereka sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38.



Seorang Tenaga Pengajar SMALHB, El Sayed Abdel Kadir Zaghloul turut mencipta sebuah puisi sempena hari yang bersejarah ini.





Comments