Sesi Kemasukan Penuntut Asrama Pra U1 ke Asrama
Pada hari Selasa, 4 Januari 2022M, penuntut-penuntut Pra U1 asrama Putera dan Puteri telah kembali ke Asrama masing-masing sebelum menghadiri sesi persekolahan pada keesokan harinya. Para Guru Pengawas yang telah ditugaskan berada di dua tempat iaitu di Asrama Putera Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kg Rimba dan Asrama Puteri SUAMPRIPAD. Para penuntut dikehendaki untuk mematuhi SOP yang sedia ada seperti mengimbas Kod QR, memeriksa suhu badan, menjalani ujian ART sebelum dibenarkan masuk ke bilik masing-masing.
Suasana di Asrama Puteri
Suasana di Asrama Putera
Comments
Post a Comment