PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PROGRAM CELIK KEWANGAN

 Pada Hari Khamis, 6hb Januari 2022M, para pemenang program celik kewangan terdiri daripada para penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah telah diraikan di dalam satu majlis penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Ustazah Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Md. Tahir. Program Celik Kewangan diungkayahkan oleh Bahagian Pentadbiran I & II dengan kerjasama daripada para pegawai AMBD.
















Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Comments