MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH


 

Khamis, 6hb Januari 2022M, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah melalui Unit Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengungkayahkan Majlis Penyerahan Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada penuntut-penuntut yang terpilih. Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat SMALHB dan mengikuti S.O.P yang bersesuaian. Hadir menyampaikan bantuan berkenaan ialah Pemangku Pengetua SMALHB, Ustazah Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Md. Tahir. Bantuan tersebut diharap akan membantu para penuntut untuk terus bersemangat dan terus berusaha dengan lebih tekun dalam pembelajaran, mencapai kejayaan yang cemerlang dan membanggakan, serta menjadi insan-insan yang berilmu, berkemahiran serta taat kepada Agama, Raja dan Negara. 

Comments