Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2022 untuk SMALHB

 

Alhamdulillah, hari ini Isnin 29 Jamadilawal 1443H bersamaan 3hb Januari 2022M, pembukaan sesi persekolahan untuk penuntut-penuntut SMALHB telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Proses kehadiran penuntut ke Sekolah merangkumi:

1. Mengimbas Kod QR Bruhealth

2. Memeriksa suhu badan

3. Menyerahkan surat kebenaran atau ‘Consent Letter’ Ibu-bapa

4. Menjalani Ujian ART (Antigen Rapid Test)

5. Mengisi ‘Google Form’ Ujian ART

6. Beredar ke kelas dan mengikuti sesi pembelajaran.

Berkat usaha dan kerjasama semua iaitu guru-guru, ibu-bapa / penjaga dan penuntut-penuntut, alhamdulillah semuanya berjalan jalan dan teratur. Memandangkan Negara Brunei Darussalam masih di dalam Fasa Endemik, SOP serta peraturan yang dikuatkuasakan perlu dipatuhi dan dijaga demi kesejahteraan Bersama.

Pembukaan sesi persekolahan turut dihadiri serta dipantau oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam (JPI).

Penuntut beratur mengimbas Kod QR

 

Beratur sebelum masuk ke Dewan Al-Azkiya untuk menjalani ujian ART










Penerangan daripada Guru Pengawas Ujian ART







Sebahagian daripada guru-guru pengawas ujian ART




Selepas menjalani ujian ART, penuntut dibenarkan beredar ke kelas masing-masing untuk membaca Surah Yasin dan Ratib Al-Attas di bawah pengawasan Guru Kelas & Penolong Guru Kelas. Penuntut-penuntut kemudian mendengar taklimat daripada Guru Kelas mengenai Panduan Persekolahan.


Kemasukan Pelajar Asrama

Terdahulu, pada hari Ahad 2hb Januari 2022, proses kemasukan penuntut-penuntut asrama juga berlangusng di Asrama Putera Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Rimba dan Asrama Puteri SUAMPRIPAD. Para penuntut mengikuti prosedur yang sama iaitu mengimbas kod QR, memeriksa suhu badan & menjalani ujian ART sebelum dibenarkan masuk ke bilik masing-masing.


Ruang Ujian ART di asrama putera




Penuntut melaksanakan ujian ART kendiri


Comments