SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-38, TAHUN 2022
الله أكبر الله أكبر الله أكبر Negara Brunei Darussalam menyambut ulangtahun Hari Kebangsaan ke-38 pada 23hb Februari 2022 bersamaan 22 Rejab 1443H dengan Upacara Perhimpunan Agung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Sungguhpun Negara berada di dalam Fasa Awal Endemik, Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dilaksanakan mengikut garispanduan dan SOP yang telah tersedia termasuk semua peserta dan jemputan dikehendaki menjalani ujian ART (Antigen Rapid Test) dan mendapat keputusan negatif di dalam ujian tersebut sebelum dibenarkan masuk dan menghadiri sambutan. Lebih 3000 peserta menyertai upacara tersebut. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Paduka Anakanda dan Paduka Adinda Baginda berkenan bercemar Duli berangkat menyaksikan Upacara Perhimpunan Agung itu. Dikongsikan sebahagian gambar-gambar sewaktu Upacara Perhimpunan Agung yang diperolehi daripada laman sesawang In...